si kaki hendap :)

Saturday, December 17, 2016

Hai Perempuan



Hai perempuan

Hai perempuan yang begitu mengada dalam manja
Hai perempuan yang banyak ketawa walaupun tidak ketahui dukanya dia
Hai perempuan yang aku panggil kawan

Hai perempuan yang begitu sentiasa menolong
Hai perempuan gatal
Hai perempuan yang banyak tanggung sabarnya
Hai perempuan yang tinggi impian buat keluarganya
Hai perempuan anak pertama

Apa khabar pada usia 24 ini?
Sudah meningkat tua

Tidak punya harta buat aku kepada kau perempuan
Ucapan tidak dapat aku ucap dari depan

Tapi

Setiap selisih bahu kita, aku ingin laung "Selamat ulang tahun!!"
5 bulan ini agak suam bagi kita, mungkin kerana kerja
Tak apa, asalkan bukan selamanya.

Cuma satu
Hadiah aku buat kau perempuan,
InsyaAllah di setiap sujudnya aku ada minta aku untuk kau
Semoga berjaya kau di dunia dan di sana
Diberikan tubuh badan yang sentiasa sihat
Dikurniakan mereka yang sentiasa menyanjung sayangnya engkau

Berjayalah engkau di sini dan seterusnya. Berjaya dengan jaya
Aku tahu azamnya engkau
Kuatkan segalanya, sabar, iman, semangat, usaha
Semoga semakin kuat dari 24 dan seterusnya.

Ini mungkin terakhir tahun
Bagi aku lihat umur kau bertambah
Mungkin juga
Tidak dapat lihat engkau untuk ke sekian umur
Tapi moga aku sentisa ingat
"Baby Tua rumah puaka"

Hai perempuan. Jaga diri
Hai perempuan, Terima kasih hampir 7 tahun
Hai perempuan, aku sayang.

Selamat ulang tahun kelahiran kau ke 24.