Friday, July 27, 2012
Masih lagi ada.
Enam Ramadhan.
Selamat datang wahai bulan mulia. Mengharapkan sesuatu yang beharga singgah dalam perjalanan hidup aku yang hina ini. Walau tak lama, sekejap jadilah. aku masih lagi tersasar jauh. Jauh dari masa depan yang diidamkan. Masa lepas aku sakit. Aku mainkan masa lepas aku. Sekarang, aku hanya mampu duduk sujud di atas tanah menadah untuk di ampukan kan masa lepas aku. Ramadhan
Di hadapan sana ada satu bilah pisau. Tajam. Tajam gile. Aku disini masih buta melihat ketajaman pisau itu. Tapi bila aku dekati, pisau itu sebenarnya tumpu, lembut saja. Sila fikir luar kotak Fatihah.
Kau! kau yang aku pandang berhari hari di screen belekberi aku. Mengaharapkan nama manja kau muncul secara tiba tiba. Mengharapkan led aku berwarna merah. Apa kau kata dulu aku simpan rapi. "TUNGGU SAYA". Tapi, kau pergi jalan lain. Lain dari maksud "tunggu saya" . Dan tapi, aku malas berfikir pasal jadah macam tu. Aku rela. Rela dengan senyum.
Yang melahirkan aku, Ya Rabbi! Kau saja tahu betapa aku perlukan dia malam ini. Walaupun bila berhadapan dengan nya lagak aku kelihatan biasa saja. Tapi nafsu rindu aku kepada yang melahirkan aku boleh buat aku berjalan tanpa baju. Gila. Aku rindukan bebelan si ibu. Aku rindu kan si ayah. Tadi, aku kalah, dalam talian aku terlepas ayat "rindu" pada nya. Yaa! aku rindu dia dalam diam selama ini. Berair anak mata aku yang ego ini.
Sambil aku menaip ini, dihidangkan dengan sound acer cabuk aku, batuk batuk housemate, sunyi malam, aku rasa diri aku sangat kerdil si sisi yang besar. Aku mahukan bimbingan yang kukuh. Jangan hina aku yang sudah hina ini. Aku bukan sombong, cuma aku malu bila berhadapan dengan orang orang yang lebih sempurna dari aku, sedangakan aku hanya si kerdil memakai bayangan keberanian. Sedih.
Maafkan aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment