12.05 PM
Selasa.
11.9.12
"Catatan" Latif Mohidin. Cukup hebat karyanya. Telinga. ''Teman Pengganti''. Pertama kali telinga aku dihidangkan lagu itu. Terima kasih kepada penyanyi lagu itu. Hati aku seperti ada yang bisik. Suatu hari nanti.................
Aku bangkit dari katil bertentangan tingkap yang terang cahaya dari sang mentari tu. Aku capai acer cabuk aku.
Wahai ibu, wahai ayah. Sepanjang perjalanan hidup aku. Kau lah yang terindah. Sumpah. Jalan aku, banyak liku. Tapi, banyak lagi liku perjalanan hidupmu membesarkan ku. Dengan muka tabah, kau senyum bila di depan ku. Tabahnya kau. Nasihat, kepercayaan, semangat, not kertas, semua! semuanya. Tidak pernah kau lokek. Untungnya aku sebagai anakmu. Walaupun aku tahu perit bagimu untuk puaskan nafsuku.
Setiap sujudku. Ibu Ayah dalam bacaanku. Berharap kita bahagia selamannya. Jujur dari hati, andai pohon itu gugur, biar aku yang gugur dulu. Hati kecilku belum sedia untuk melihatmu gugur. Maka, seandainya aku pergi dulu, mohon maaf dari anakmu yang tidak sempurna ini. Yang selalu memberontak. Yang selalu melawan setiap patah perkataanmu. Halalkan segala yang mengalir dalam susuk tubuh ini. Maafkan andainya aku hancurkan masa depanku. Tidak cukup untuk ku huraikan jasamu. Tidak cukup untuk ku huraikan salahku. Hinanya aku.
Maafkanku Ibu Ayah.
Wahai sahabat, sedih aku, gelak aku, makan minum aku, pakaian aku, pejalanan masa depan aku, semua itu, terima kasih. Kau kenagan yang sangat bermakna untuk aku bawa bersama suatu hari nanti. Wahai sahabat, jika kau mambacanya, aku mohon maaf atas kata kata kesatku, atas perbuatan hinaku, bila aku marah, bila aku malas, bila aku lapar, bila aku sunyi, kau jadi mangsa. Maafkan aku.
Wahai sahabat, lambat atau cepat,kita tetap akan pergi. Andai aku jumpaNya dulu, ampunkan aku. Halalkan segala pemberianmu, ilmu mu. Perjalanan hidup aku bebunga bila besamamu. Maafkan aku. Bacakan untuk aku bila aku tiada nanti. Harap kita akan jumpa disana.
Maafkanku Sahabat.
Wahai penghuni kerak bumi. Andai kita pernah bertegur, dan aku menidakkan teguran itu. Ampunkan aku. Jika kita pernah berkawan, dan aku melupakan. Maafkan aku. Andai hati kau pernah aku ludahkan dengan kata sialku, beribu ampun aku mohonkan dari aku yang hina ini. Aku bukan tidak mahu berkawan, cuma aku malu untuk berkawan dengan golongan yang sempurna seperti kalian. Maafkan aku.
Maafkanku kalian.
.
.
.
.
.
.
.
Aku menaip ini, untuk waktu akan datang. Seperti aku katakan tadi. lambat atau cepat, kita tetap akan tinggalkan dunia yang ''indah'' ini. Pergi berjumpa Pemiliknya. Sihat atau sakit, kita belum pasti.
No comments:
Post a Comment