si kaki hendap :)

Sunday, July 28, 2013

Hadiah buat dia.



Tinggi. Manis. Cantik.
Kalau sekali lihat
Hati terus bilang- Cantik

Kau belum punyai kapal lagi untuk terokai hati dia.
Kau belum tahu bagaimana cantiknya hati dia.
Kau belum tahu bagaimana nada lembut sebalik keras dia.
Kau belum tahu betapa manis sifat sebalik garang dia.

Kau belum tahu siapa nama dia.
Kau juga belum tahu tawa riang dia.
Kau belum tahu apa dia rasa tika ria atau dukanya alami.
Jadi, kenali dia

Pasti bahagia jalanmu.

Sudah 21 tahun dia disini menjalani tugas dariNya.
Tugas dari Pemerintah Alam.
Tugas sebagai gadis, anak, kawan, sahabat, penuntut dan lagi.
Sejak 28 berbulankan 7 semasa 1992
Jam itu, dia sudah mula bertugas.

Ada satu doktor tuju ke seorang lelaki
Encik Nordin
"Tahniah, encik dapat anak perempuan"
NORFAZIELA BINTI NORDIN

Wahai sahabat.
Selamat bagimu.Tabah ya.

Aku tidak punya harta mahu dikongsi pada 28.7 ini. Ini Coretan harta dari aku. Sudah jauh hidup kau. Moga baik-baik saja selepas esok. Dan moga Dia rahmatkan hidup si gadis manis ini. Sihatkan sosok tubuh kamu. Sayang
Sayang
Dan sayang.
Terus bahagia hendaknya.











No comments:

Post a Comment