si kaki hendap :)

Thursday, July 18, 2013

Wali





Kita jarang berbual. Apatah lagi bual tentang diri.
Penat kita, hari kita, Kerja kita. Kita anak beranak.


Kita memang tak selalu bersemuka ketawa sama.Nasihat datang cuma sekali sekala.
Hati lelaki, hati ketua. Aku faham. Kerna ada sifat itu dalam kepala hati aku.


Kita juga bukan mamber baik sejak aku meningkat dewasa.
Kamu hal kamu, aku hal aku. Dunia kita hanya waktu di meja makan.
Kadang-kadang.


Tak megapa, aku tak katakan ianya salah dalam hidup. Asalkan kamu masih ada. Ada sayang aku untuk kamu. Dan tapi, kau patut tahu dan kau harus tahu, aku milikmu selamanya ayahanda.
Selamanya.
Selamanya.


Tadi waktu pulang, begitu indah. Kita bual seperti kawan baik.
Cerita pelbagai. Nasihat! itu paling aku suka.
Kita bergurau, menyata penat, cerita kerja, berkata berita. Terasa lenggang jalanraya.


Ayahanda Ramlee, aku tetap selamanya anakmu.
Anakmu kedua lahir.






No comments:

Post a Comment