si kaki hendap :)

Thursday, October 24, 2013

sombong






Kadang aku ada fikir aku mahu duduk bawah shower berjam-jam dan biar terus air bawa segala.

Bawa segala salah, segala beban, luka, pedih, rasa, dosa, bala, hina.

Mengalir terus dan terus sampai satu tahap air itu dirawat dan dipulihkan bersih sebersihnya. Bersih sehingga boleh diminum begitu saja.

Tapi orang kita kaya. Cebuk pun guna air bersih tahap minum tak payah masak. Ah! itu cerita orang.

Cerita aku lagi karut. Mana ada air dan shower macam tu rupa.
Kalau nak bersih segala,
Dia ada atas sana
Masih setia menunggu aku
mengadu meminta di bersih


Cuma aku-
Maish sombong nak mengadu.






No comments:

Post a Comment