si kaki hendap :)

Thursday, October 6, 2016

Merungut atau hidup?



Malam ini jari benar-benar menjadi tuan. Pantas menari menekan petak-petak huruf. Di dalam kepala drama dunia sedang berlari satu persatu semenjak bertahun yang lalu. Aku mengaku yang aku sedang penat dengan semua kerja. Kadang rasa kenapa perlu? Matikah aku kalau tidak kerja?


Bila duduk dalam diam, penuh diri aku seorang sahaja dalam satu ruang. Aku jumpa jawapan yang mana aku tahu apa fungsi 'kerja' yang aku rungutkan tadi. Dengan kertas perlu bercandah, dengan member perlu bersabar, dalam kerja perlu berusaha, sedang rajin ada datangnya malas. Itu semua dengan sebab. Nyamuk gigit peha pun adalah atas 'sebab'.


Kadang terasa diri ini penuh bodoh yang semula jadi. Kerja aku merungut, merungut, mencarut, merungut lagi dan merungut sampai habis kerja. Memang kerja sudah laksana. Tapi kosong dengan ikhlas. Tulis panjang begini pun satu benda yang aku rungutkan pasal diri aku. Entahlah

Aku duduk depan kipas. Berputar dengan kuasa putaran berada pada tahap 'no 1'. Nak pergi tandas tapi jari minta curah rasa.


Sekian. Salam sayang buat diri yang hidup merungut.


No comments:

Post a Comment